Disebabkan kelebihan Aloe Vera itu sendiri, ratu-ratu Mesir yang jelita seperti Cleopatra dan Nefertiti sudah memanfaatkan lidah buaya untuk merawat kecantikan mereka. Alexander Agung pernah berkata "Pecayalah pada Lidah Buaya" – kerana tanaman ini dapat digunakan untuk menyembuhkan berbagai jenis penyakit.
Ia boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.
Ia juga mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar.
Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan.
Ia boleh menolong melancarkan dan membersihkan salur makanan(salur penghadaman).Satu bahan yang baru ditemui dalam aloe vera ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan. Bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan