BAGAIMANA LEBAH MENGHASILKAN MADU?
Lebah membuat madu dengan menghidap atau menyedut cecair madu dari bunga-bunga yang mekar. Lebah-lebah ini akan hinggap dari satu bunga ke bunga yang lain dan menyimpan madu ini untuk jangka masa tertentu supaya boleh bercampur dengan enzim mereka. Kemudian, lebah-lebah ini akan menyimpan madu dalam sarang mereka.
Madu Lebah sangat kaya dengan nutrisi dan mineral termasuk 78% gula yang terdiri daripada fruktosa, glukosa dan sukrosa, vitamin, enzim, protein, asid amino, dan lain-lain seperti kalsium dan fosforus.
Dalam surah an-Nahlu ayat 69 Allah SWT telah berfirman yang bermaksud;
“Kemudian makanlah daripada segala jenis bungaan dan buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhan mu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepada mu. Dengan itu keluarlah daripada badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya yang mengandungi penawar bagi manusia (daripada berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya, pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah SWT ) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
(Surah an-Nahlu: 69)
Madu Lebah daripada segi kajian saintifik mempunyai banyak kelebihan kepada kesihatan manusia. Badan manusia memerlukan 46 nutrisi yang penting dalam sehari iaitu 8 amino asid, 18 vitamin dan 20 mineral untuk membina sel yang sihat dan Madu Lebah dapat membekalkan lebih 100 jenis nutrisi penting kepada tubuh badan manusia.
Madu Lebah juga baik sebagai pengganti gula terutamanya bagi pesakit yang menghidapi penyakit diabetes dan sebagai agen anti-kanser.
Saya nak berkongsi tentang Kelebihan Bee Honey dari Forever Living
➤Syarikat Forever Living Products memiliki ladang penternakan Lebah dan pemprosesan Madu Lebah yang terbesar di dunia
➤Syarikat Forever Living Products memiliki ladang penternakan Lebah dan pemprosesan Madu Lebah yang terbesar di dunia
Pada awalnya pusat penternakan Lebah dan pemprosesan Madu Lebah yang terbesar di USA dimiliki oleh keluarga Charles Robson. Keluarga Charles Robson juga memiliki beberapa paten untuk produk Pollen, Propolisdan Madu.
Pada tahun 1982, Charles Robson telah menjual kesemua aset ladang penternakan Lebah, pusat pemprosesan Madu Lebah dan segala paten yang dimiliki oleh keluarganya kepada Forever Living Product Inc.
Ini menjadikan Syarikat Forever Living merupakan pengeluar Madu Lebah dan penternak Lebah yang terbesar di dunia dengan beberapa pemilikan paten kepada produk-produk yang berasaskan Madu Lebah.
Ini menjadikan Syarikat Forever Living merupakan pengeluar Madu Lebah dan penternak Lebah yang terbesar di dunia dengan beberapa pemilikan paten kepada produk-produk yang berasaskan Madu Lebah.
Sebagai pemain utama ataupun big brother yang sudah mempunyai banyak pengalaman dan teknologi yang canggih dalam bisnes produk yang berasaskan Madu, sudah tentu produk Madu Lebah keluaran Forever Living mempunyai kualiti yang tinggi berbanding dengan produk Madu Lebah daripada syarikat yang lain.
➤Kawasan penternakan Lebah yang bebas pencemaran dan banyak pilihan bunga
Forever Living mempunyai ladang penternakan Lebah yang terbesar di dunia di Sonoran Desert, USA. Terdapat sekitar 17,000 ke 20,000 koloni Lebah di pusat penternakan ini.
Di sini Lebah diternak di kawasan tanah tinggi dan persekitarannya bebas daripada pencemaran kerana jauh dari bandar dan kawasan perindustrian. Kawasan yang tinggi tahap pencemaran udara akan mempengaruhi rasa Madu Lebah kerana apabila air hujan yang membasahi bunga bercampur dengan udara yang kotor akan menyebabkan rasa Madu Lebah menjadi masam-masam manis.
Di Sonoran Desert juga terdapat sekitar 3,000 ke 7,000 jenis tanaman bunga yang ditanam bagi membekalkan sumber manisan kepada Lebah yang diternak. Pokok-pokok bunga yang ditanam di sini bebas daripada penggunaan racun serangga bagi menjaga kualiti Madu yang bakal dihasilkan.
Dengan banyak nya sumber manisan yang tersedia di sini memberikan Lebah banyak pilihan nektar dan Madu Lebah yang bakal dihasilkan akan mempunyai kualiti rasa yang luar biasa.
Dengan banyak nya sumber manisan yang tersedia di sini memberikan Lebah banyak pilihan nektar dan Madu Lebah yang bakal dihasilkan akan mempunyai kualiti rasa yang luar biasa.
➤Reka bentuk botol Forever Bee Honey yang ada "class"
Khasiat Madu Lebah akan beransur-ansur hilang atau berkurangan apabila terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari. Oleh itu reka bentuk botol Forever Bee Honey telah di reka khas supaya kalis cahaya (tinted) bagi membendung cahaya matahari daripada merosakkan khasiat Madu Forever Bee Honey.
Dengan reka bentuk sebegini, Madu Lebah yang terkandung di dalam botol Forever Bee Honey adalah terpelihara daripada sinaran cahaya matahari. Ini menjawab persoalan ramai orang yang bertanya kenapa Madu Forever Bee Honey tidak dibotolkan di dalam botol kaca.
Dengan reka bentuk sebegini, Madu Lebah yang terkandung di dalam botol Forever Bee Honey adalah terpelihara daripada sinaran cahaya matahari. Ini menjawab persoalan ramai orang yang bertanya kenapa Madu Forever Bee Honey tidak dibotolkan di dalam botol kaca.
Disamping itu penutup botol Forever Bee Honey juga direka agar mudah untuk Madu Lebah dikeluarkan dan dikawal pengeluaran isipadu nya ke dalam sudu. Ianya juga direka dengan sistem penguncian "locking system" agar Madu Lebah tidak mudah meleleh keluar setelah digunakan.
➤Forever Bee Honey mempunyai pengiktirafan Kosher dan Halal IFANCA.
Forever Bee Honey hanya mempunyai kepekatan kurang daripada 17% air menjadikan ianya sangat likat. 17% air itu datangnya daripada air liur Lebah bukan daripada campuran air minuman menjadikan ianya Madu Lebah dengan gred yang berkualiti tinggi.
Ini kerana Forever Bee Honey adalah 100% organik. Tiada campuran bendasing dan bahan kimia atau bahan terlarang. Dari semasa ke semasa Forever Bee Honey akan dianalisa dan dipantau kandungannya (ingredient) oleh badan bebas seperti Kosher dan Halal IFANCA untuk menjamin keaslian dan kualiti Madu.
➤Forever Bee Honey tidak dijual melalui perantaraan orang tengah
Oleh kerana Forever Living merupakan penternak Lebah, penanam bunga dan pengeluar produk Madu Lebah mereka sendiri, harga pasaran Forever Bee Honey tidak lah terlampau mahal berbanding dengan kualiti Madu Lebah nya. Syarikat Forever Living dapat mengurangkan harga kos operasinya kerana telah memotong kos perantaraan orang tengah. Oleh itu, Syarikat Forever Living dapat menjual Madu Lebah nya yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.
KHASIAT MADU
➤Membekalkan tenaga kepada hati dan otak - Tenaga yang cukup sangat penting untuk fungsi hati sebagai sistem penghadaman glukosa yang sangat ideal sepanjang kita tidur dan sebelum tidur dan selepas senaman. Madu mempunyai khasiat yang terbaik untuk melancarkan fungsi hati ini kerana kira-kira 1:1 nisbah fruktosa : glukosa boleh didapati dalam madu lebah.
➤Mencegah batuk yang berpanjangan atau asma - Madu telah digunakan untuk untuk merawat Upper Repository Infections (URI) iaitu penyakit yang berkaitan dengan pernafasan. Ia juga melegakan sakit tekak mudah. Madu mempunyai tetulang berakar-sel dan kesan antimikrob, yang membantu menyembuhkan luka dengan cepat.
➤Meningkatkan penyerapan dan mengurangkan masalah gastrik - Sifat-sifat antibakteria dalam madu lebah sangat berkesan dalam melawan mikroorganisma dalam badan. Penggunaan madu juga membantu meneutralkan ubat-ubatan dan merawat masalah gastrik.
➤Merawat luka akibat kencing manis - Madu juga sangat berkesan dalam memulihkan luka terutama kepada pengidap kencing manis. Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat dalam madu lebah membantu memulihkan luka dalam masa yang singkat.
➤Mengekalkan tenaga dan kecergasan - Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan madu selepas bersenam membantu meningkatkan kecergasan dan memulihkan otot.
➤Sentiasa kekal sihat dan kuat - Madu memainkan peranan penting dalam membunuh radikal bebas yang tidak selamat dari tubuh manusia. Radikal bebas akan masuk dalam sistem pencernaan dan ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Ia juga membantu mencegah penyakit kanser.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan