Isnin, 19 Disember 2016

RESDUNG dan cara merawatnya


Jika anda sering bersin terutama bangun di waktu pagi @ ketika cuaca agak sejuk, bermakna anda mungkin salah seorang pengidap sakit RESDUNG.


Begitu juga apabila alah dengan habuk dan asap apabila dengan mudah akan bersin. Kadang kala bau sesuatu makanan juga akan mengundang rasa ingin bersin.

Itu kalau bersin sahaja, tetapi bagaimana pula jika bersin sekali dengan lendir keluar dari hidung... Alangkah malu dan menjijikkan apabila dilihat oleh orang lain. Inilah dilema pesakit resdung...
Mungkin itu kesan yang mudah terlihat dan dirasai namun ketahuilah bahawa penyakit resdung ini akan menjadi bahaya bila sampai tahap kronik ianya boleh membawa maut! Bukan hendak menakutkan anda semua tetapi ini adalah kenyataan yang perlu diketahui.





TANDA-TANDA GEJALA ANDA MENGHIDAPI RESDUNG

KESAN-KESAN SEKIRANYA RESDUNG TIDAK DIRAWAT DENGAN CEPAT


Tapi jangan khuatir... Forever Living ada supliment yang boleh membantu anda dalam masalah resdung ni. Set resdung Forever Living ini merangkumi 4 jenis produk. Ins Shaa Allah set resdung ini jika digunakan secara istiqomah dapat menyelesaikan masalah yang anda alami.


1) FOREVER BEE POLLEN - Debunga yang dikumpulkan daripada tumbuh-tumbuhan yang terdapat di gurun Sonoran, satu kawasan yang ditumbuhi lebih dari 1000 jenis tumbuhan herba. Debunga merupakan sumber nutrien yang amat pekat, mengandungi beberapa ratus sebatian berkhasiat termasuk 22 jenis asid amino, vitamin B kompleks, mineral dan enzim. 

2) FOREVER BEE PROPOLIS - Propolis adalah pembunuh kuman yang dihasilkan oleh lebah madu daripada gam, damar, kulit kayu dan bahan semulajadi lain yang diperolehi dari persekitaran mereka. Lebah menggunakannya untuk melindungi sarang mereka daripada jangkitan. Bahan semulajadi ini boleh membantu memerangi kuman dan meningkatkan sistem ketahanan badan. Ia juga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti vitamin, galian, dan enzim dan diperkayakan dengan JELI RAJA.

3) FOREVER GARLIC-THYME - Satu kombinasi 1000mg bawang putih dengan 50mg thyme. Bawang putih telah digunakan semenjak berkurun lamanya oleh hampir semua tamadun untuk memelihara kesihatan secara umum. Juzuk penting yang terdapat dalam bawang putih adalah allicin, alliin, scordinine dan germanium. Thyme adalah sejenis herba Eropah yang berguna bagi pemeliharaan sistem kesihatan yang sihat.

4) ALOE HEAT LOTION - Mengandungi Aloe Vera Gel yang distabilkan yang boleh menyerap 100% ke dalam kulit. Juga mengandungi metil salisilat sebagai linimen. Minyak kayu putih dan mentol mengandungi ciri-ciri anti keradangan dan analgesi. Melegakan dengan cepat. PH yang seimbang

Berikhtiar dari sekarang untuk mencegah penyakit resdung yang anda alami dari merebak menjadi lebih teruk. Kita juga kena ingat yang penyakit ini boleh berjangkit. Kepada yang ada anak-anak masih kecik.. bertindaklah, sebelum ianya berjangkit pada anak-anak.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SET WAJAH KULIT BERJERAWAT

Anda Berjerawat??????   Set yang diperlukan Guna Aloe Bath Gelee sebagai pencuci muka Gunakan ini untuk merawat ...