Setiap Dugaan Allah Pasti Ada Hikmahnya. Dalam kehidupan ini kita tidak dapat lari dari diuji. Namun, sejauh mana kita semua mampu mengharungi ujian dan dugaan dari Allah S.W.T.? Ada antara kita manusia seringkali menyalahkan takdir jika ujian mendatang, tanpa berfikir bahawa ujian dan dugaan dari Allah itu adalah tanda bahawa Allah ingin kita mengingatiNya, bukan lalai terhadapNya.
Kita seharusnya bersyukur dengan dugaan Allah, sekurangnya kita masih diberi peluang untuk bermuhasabah diri terhadap setiap dugaan dan ujian yang mendatang. Mungkin di suatu sudut, kita acap kali lalai terhadap tanggungjawab kita kepada Pencipta.
Dengan ujian ini, kita akan berfikir sejenak dari akibat kelalaian kita. Bayangkan saja, jika kita tidak diuji dan kita lalai terhadap tanggungjawab kita pada Maha Pencipta? Pada saat itu juga nyawa kita diambil.
Bagaimana keadaan kita nanti? Sudah tentu kita tidak akan mampu berpatah balik untuk mengabdikan diri pada Maha Esa. Hanya tinggal segala amalan dan buku catatan kita ketika kita hidup di dunia.
“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar. (yaitu) orang-orang yang ketika ditimpa musibah, mereka berkata “Inna lillahi wa inna ilaihirojiun” – sesungguhnnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali. [Surah Al-Baqarah, 155- 156]
Kita semua pasti diuji...
➧Ada insan yang diuji dengan kesusahan dan kemiskinan ketika hidup.
➧Ada insan yang diuji dengan kesakitan, dihidapi bermacam penyakit ketika hidup.
➧Ada insan yang diuji dengan kekayaan dan kesenangan ketika hidup.
➧Ada insan yang diuji dengan kegagalan dan muflis ketika hidup.
➧Ada insan yang diuji dengan pangkat dan kedudukan ketika hidup.
➧Ada insan yang diuji dengan kecantikan, rupa dan wanita ketika hidup.
➧Ada insan yang diuji dengan kecacatan dan lumpuh ketika hidup.
➧Ada insan yang diuji dengan berbagai kelebihan dan bermacam kekurangan dalam hidup.

Ketahuilah...
➧Bila engkau lihat seseorang yang kaya dan bergaji besar, ketahuilah sebenarnya dia sedang diuji.
➧Bila engkau lihat seseorang yang cantik dan kacak, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
➧Bila engkau lihat seseorang yang berpangkat dan berkedudukan tinggi, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
➧Bila engkau lihat seseorang yang alim, hebat dan banyak ilmu, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
➧Bila engkau lihat seseorang yang sedih, gagal dan ditimpa bencana, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
➧Bila engkau lihat seseorang yang sakit dan susah, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
➧Bila engkau lihat seseorang yang cacat dan lumpuh, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
➧Bila engkau lihat seseorang yang diberi dengan berbagai kelebihan dan bermacam kekurangan, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan