Selasa, 12 September 2017

SET WAJAH KULIT BERJERAWAT

Anda Berjerawat??????





Set yang diperlukan


Guna Aloe Bath Gelee sebagai pencuci muka

Gunakan ini untuk merawat kulit berjerawat batu dan luka-luka di wajah. 

Alpha-e Factor untuk kegunaan di malam hari. 
Selain kesihatan kulit, penjagaan dalaman juga penting. pastikan kesihatan tubuh di tahap yang bagus untuk memiliki kulit yang cantik
Masalah jerawat biasanya disebabkan oleh toksin dalam tubuh.  singkirkan toksin dengan serat aloevera asli 100%.  Dan dapatkan nutrisi dan mineral yang diperlukan tubuh bagi memastikan kulit anda cantik sentiasa
Bee Propolis membantu individu berjerawat dalam menguatkan sistem imum tubuh dan membunuh bakteria di permukaan kulit.  Ia amat penting kepada pengidap jerawat kronik.

Memberi tenaga dan juga membantu dalam penjanaan kalogen bawah kulit.  ini akan memberikan kelebihan kepada anda terutamanya wanita untuk melancarkan perjalanan darah dan mengekalkan seri wajah. 


Pastikan anda tidak ketinggalan memiliki produk hebat ini.  Vitamin C ini berbeza daripada yang lain.  Ia memastikan serapan yang maksimum kepada anda.  Serat-serat oat memegang vitamin C agar dapat terus diserap tubuh.  Vitamin C penting untuk tubuh kerana ia juga mencantikkan kulit













Jumaat, 30 Disember 2016

LISTERINE

Listerine adalah antara benda wajib yang akan kita beli dan letakkan di dalam tandas di rumah. 
Selain daripada digunakan untuk berkumur, Listerine juga ada beberapa lagi kegunaan lain yang bagus dan efektif yang korang tak pernah tahu. Mari aku kongsikan 10 cara kegunaan lain Listerine yang boleh korang amalkan.
1. Hilangkan bau busuk pada ketiak

Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Listerine akan menghilangkan bau tengik korang tu dan memberikan bau yang lebih segar. Barulah bini korang suka kena peluk selalu.

2. Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga. Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam. Kalau gatal nak kahwin lain, cara ni tak berkesan.

3. Membasmi kuman di mangkuk


tandas. 
Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas korang. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas korang pun berbau wangi. Jangan sampai korang teruja nak cium mangkuk tandas tu pula nanti, naya.

4. Membantu hilangkan kelemumur.
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap Listerine tu ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Syoknya. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut korang. Lebih jimat daripada korang bayar treatment for scalp kat salun.

5. Menghilangkan kutu di bulu haiwan. Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut. Confirm bertempiaran lari kutu tu nanti mengalahkan Usain Bolt.

6. Membersihkan muka yang berjerawat. Jika korang dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat korang tak hilang-hilang, jangan korang sental dengan kertas pasir terus. Cuba korang guna Listerine pula. Sapukan sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Barulah berbeza rupa kau dengan jalan berturap.

7. Membasmi kuman di berus gigi
Korang selalu berus gigi untuk hilangkan kekotoran dan kuman di gigi, tapi bagaimana kalau berus yang korang gunakan tu pula berkuman? Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi korang tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah korang boleh gunakan tanpa was-was.

8. Bersihkan skrin tv atau monitor computer. Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer korang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata. CSI Las Vegas pun takkan berjaya sabitkan korang dengan sebarang kes.

9. Hilangkan bau busuk di dalam tong sampah. Jika korang memang malas nak basuh tong sampah di rumah tu dan korang tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.

10. Melegakan masalah kaki



anda. 
Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki korang selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat. Barulah layak kaki korang tu pakai kasut Adidas NMD.

Ini antara beberapa cara lain penggunaan Listerine. Korang bolehlah cuba. Kalau tak rajin nak cuba, beli jugalah Listerine tu untuk berkumur. Selamat mencuba.

Selasa, 27 Disember 2016

KESIHATAN RAMBUT DAN PENYELESAIANNYA

Hari ini dengan diet yang tidak sihat dan gaya hidup yang serba mewah, ramai orang tidak menyedari bahawa pemakanan yang baik adalah penting untuk kesihatan tubuh. Ia juga penting untuk pertumbuhan rambut kita dan badan kita memerlukan vitamin, untuk mengekalkan fungsi badan yang betul.

Rambut kita mengandungi protein. Apabila kita melakukan rambut dengan menggunakan haba kering atau perm dan warna, kita sebenarnya sedang cuba untuk membuang nutrien dari rambut kita.

Menurut pengamal kesihatan, rambut yang sihat mempunyai vitamin yang berikut:
  • Vit.A - merupakan antioksidan yang membantu menghasilkan sebum yang sihat dalam kulit kepala.
  • Vit.C - Ia adalah antioksidan yang membantu mengekalkan kesihatan kulit dan rambut.
  • Vit.E - vitamin ini juga merupakan antioksidan yang meningkatkan peredaran kulit kepala
  • Biotin - vitamin ini menghasilkan keratin yang menghalang keguguran rambut rambut uban
  • Inositol - Vitamin ini menyimpan folikel rambut yang sihat pada tahap sel.
  • Niacin - (Vitamin B3) - Vitamin ini membolehkan peredaran darah kulit kepala.
  • Asid Pantothenic (Vitamin B5) - Ini mencegah uban dan keguguran rambut.
  • Vitamin B6 - Ia menghalang keguguran rambut dan membantu mencipta melanin yang memberikan warna rambut
  • Vitamin B12 - Mencegah keguguran rambut
 Masalah kulit kepala selalu menghantui anda?? kadang-kadang kita rasa rendah diri dengan orang sekeliling apabila rambut kita masih tiada penawar yang mujarab. Dah banyak syampu  dicuba tetapi semuanya tidak berkesan. 
Jangan risau, masih lagi ada penawarnya bagi masalah rambut & kulit kepala yang selalu membelenggu diri anda.

Forever Living Produk mampu merawat masalah rambut & kulit kepala anda dengan mudah dan berkesan dan membantu rambut anda mengekalkan kecantikan dan isipadunya.

ALOE FIRST
Menyuburkan dan melebatkan rambut.
Selain mengandungi Aloe Vera yang distabilkan, Forever Aloe First juga mengandungi propolis lebah, alantoin dan 11 jenis ekstrak tumbuh-tumbuhan yang baik untuk kulit.  Ia mempunyai pH yang seimbang dan adalah sesuai untuk mereka dengan kulit yang sensitif.

ALOE-JOJOBA SHAMPOO
Sesuai untuk masalah kulit kepala spt:
➤Merawat kelemumur
➤Mengurangkan rambut gugur
➤Merawat gatal kulit kepala
➤Mengawal rambut berminyak
➤Mengurangkan rambut kasar
Mengalakan pertumbuhan rambut
➤Merawat rambut bercabang

ALOE-JOJOBA CONDITIONING RINSE
Direka khas untuk digunakan selepas menggunakan ALOE JOJOBA SHAMPOO, ia adalah diperkayakan dengan  vitamin B dan protein. Ia melincirkan rambut dengan minyak jojoba, memperbaiki rambut rosak dengan protein gandum dan menyatukan hujung berbelah dengan dimetikon. Juga mengandungi agen perapi rambut berkation untuk membuang cas elektrostatik yang menyebabkan rambut kelihatan menerbang.




Isnin, 26 Disember 2016

PRODUK LEBAH

Lebah bukan sahaja membekalkan kita dengan madu keemasan yang harum dan manis, tetapi mereka juga memberikan kita pelbagai bahan aktif yang amat bernilai. Produk2 lebah semulajadi adalah merupakan pelengkap yang ideal bagi produk aloe vera dan memainkan peranan penting dalam gaya hidup yang sihat dan seimbang.

BEE POLLEN
Debunga yang dikumpulkan daripada tumbuh-tumbuhan yang terdapat di Gurun Sonoran, suatu kawasan yang ditumbuhi lebih daripada 1,000 jenis tumbuhan herba. 

Debunga merupakan suatu sumber nutrien yang amat pekat. Ia mengandungi beberapa ratus sebatian berkhasiat termasuk 22 jenis asid amino, vitamin B kompleks, mineral dan enzim. Suatu makanan tambahan yang sesuai untuk golongan tua dan muda.

BEE PROPOLIS
Propolis adalah pembunuh kuman yang dihasilkan oleh lebah madu daripada gam, damar, kulit kayu dan bahan-bahan semulajadi lain yang diperolehi dari persekitaran mereka. 

Lebah madu menggunakannya untuk melindungi sarang mereka daripada jangkitan. Bahan semulajadi ini boleh membantu memerangi kuman dan meningkatkan sistem ketahanan badan. Ia juga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti vitamin, galian dan enzim. FOREVER BEE PROPOLIS adalah kaya dengan jeli raja.

BEE HONEY
Forever Bee Honey adalah madu mentah yang 100% tulen. Ia tidak dimasak, tidak ditapis, tidak diproses dan dikekalkan kandungan semulajadi jeli raja dan debunganya. 

Ia mengandungi 16 jenis asid amino, kabohidrat, vitamin, mineral dan enzim dan adalah sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Suatu pemanis yang berkhasiat dan semulajadi, ia adalah mudah dicerna. Mengandungi 70 kalori setiap sudu besar.

ROYAL JELLY
Jeli raja adalah makanan eksklusif bagi Ratu Lebah yang berkesuburan tinggi yang berupaya bertelur sebanyak 3,000 biji setiap hari, dan hidup sehingga 45 kali hayat lebah biasa. 

Ia kaya dengan vitamin B kompleks, terutama sekali vitamin B5 yang boleh membantu untuk tubuh badan yang sihat. Ia juga mengandungi asetilkolina, asid hidroksi dekanoik serta RNA dan DNA. Ia membantu mengalakkan tumbesaran dan mempertingkatkan sistem ketahanan kanak2. 




MAKANAN TAMBAHAN

Keseimbangan hidup digabungkan dengan produk aloe vera Forever yang tulen boleh membantu memberikan kesihatan dan kesejahteraan yang optimum. Alami manfaat produk2 rangkaian keseimbangan hidup Forever.

ABSOEBENT-C
Forever Absorbent-C adalah satu fomulasi yang mengabungkan vitamin C, sitrus bioflavonoid dan betik, yang terikat matrik dengan bran oat. Ini mengoptimumkan kebaikan Vitamin C serta penyerapan dan penggunaannya oleh badan kita. 

Vitamin C adalah satu nutrien penting yang biasanya didapati daripada sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Satu tablet FOREVER ABSORBENT-C membekalkan 60mg vitamin C, yang bersamaan dengan elaun saranan pengambilan harian bagi org dewasa.     

GARLIC-THYME
Satu kombinasi 1,000mg bawang putih dengan 50mg thyme. Bawang putih telah digunakan semenjak berkurun-kurun lamanya oleh hampir semua tamadun yang dikenali untuk memelihara kesihatan secara umum.  
Juzuk penting yang terdapat dalam bawang putih adalah allicin, alliin,scordinine dan germanium. Thyme adalah sejenis herba Eropah yang berguna bagi pemeliharaan sistem kesihatan yang sihat.

*Mengandungi Garlic Oil, Thyme

FIELDS OF GREENS
Fields of Greens adalah direka untuk menokok diet mereka yang kurang makan sayur-sayuran. 

Ia mengabungkan rumput barli muda (mengandungi kalium, kalsium, magnesium, besi, natrium, tembaga, fosforus, zink dan mangan)
rumput gandum (mengandungi vitamin2 mineral dan unsur2 surih)

alfalfa
(kaya dgn mineral, vit A, B6, E dan K)
dan
lada cayenne (baik utk tubuh badan yg sihat) utk memberikan satu kornukopia unsur2 pemakanan bagi menokok diet anda.

*Mengandungi Barley Grass, Wheat Grass, Alfalfa, Honey, Cayenne Pepper, Stearic Acid


GIN-CHIA
Gin-Chia mengandungi ginseng, golden chia dan asid askorbik. Ginseng adalah herba yg telah digunakan secara meluas untuk meningkatkan tenaga dan meningkatkan tahap ketahanan badan. 
Biji Golden Chia telah digunakan dengan meluas oleh kaum India Amerika Tengah sebagai makanan tambahan untuk meningkatkan stamina dan ketahanan, manakala asid askorbik menokok tambah pengambilan vitamin C.


ARCTIC-SEA
Forever Arctic-Sea mengabungkan minyak ikan semulajadi dengan minyak zaitun untuk membekalkan Omega3 dan Omega9 yang boleh membantu memelihara kesihatan kulit. 

Ahad, 25 Disember 2016

MINUMAN KESIHATAN

Rangkaian produk makanan dan minuman Forever yang menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi digabungkan dengan diet yg sihat dan seimbang memberikan kesihatan dan kesejahteraan. Dengan ramuan utama gel aloe vera tulen yang distabilkan yg diambil terus drpd daun, setiap produk Forever menawarkan serangkaian nutrien dengan ketulenan yg mengalakkan kesihatan dan gaya hidup yg optimum.


Forever Aloe Vera Gel
Daun Aloe yang ajaib didapati mengandungi lebih daripada 200 sebatian. Satu produk hasil dari proses penstabilan Aloe yang berpaten, gel kami digemari oleh mereka yang inginkan sistem tubuh badan yg sihat dan tahap tenaga yang semula jadi.


Forever Freedom (Didapati di Singapura sahaja)
Forever Freedom mengandungi saranan amaun Glukosamin Sulfat (1500mg), kondroition Sulfat (1200mg)dengan 750mg MSM dalam hidangan 120ml. Apabila digabungkan mengalakkan fungsi sendi yang sihat. 

*Mengandungi kerang-kerangan: udang, ketam, udang karang


Forever Aloe Berry Nectar

Anda boleh meminum ALOE BERRY NECTAR spls makan @ sebaliknya. Rasa lazat yg semulajadi, disediakan dari campuran buah kranberi yang segar dan epal yang manis. Rasanya yang manis, cukup untuk mengembirakan golongan dewasa dan kanak-kanak.


Forever Aloe Bit n' Peaches
ALOE BIT N' PEACHES menyediakan satu lagi rasa lazat dengan Aloe Vera Gel yang di stabilkan 100% dan rasa pic semulajadi dan kepekatan buah pic. Rasa sensasi seperti tiada lain, ia mengandungi ketulan Aloe Vera tulen, bermandikan buah pic yg masak.


Forever Pomesteen Power
POMESTEEN POWER ialah minuman berantioksidan tinggi yang terdiri daripada jus buah delima, Pear, Manggis, Raspberi, Beri Hitam, Beri Biru dan ekstrak Biji Anggur. Semua bahan2 dalam adunan proprietari ini adalah di antara yg tertinggi dalam nilai ORAC, iaitu petunjuk yg digunakan utk mengukur keupayaan antioksidan menyekat kerosakan radikal bebas.

Apakah yang menjadikan Forever Pomesteen Power unik?

  • Jus buah-buahan semulajadi
  • Mengandungi 7 jenis buah-buahan berantioksidan tinggi dalam senarai teratas nilai ORAC
  • 30ml dua kali sehari, membekalkan antioksidan yg mencukupi.

  




SET WAJAH KULIT BERJERAWAT

Anda Berjerawat??????   Set yang diperlukan Guna Aloe Bath Gelee sebagai pencuci muka Gunakan ini untuk merawat ...