Lebah bukan sahaja membekalkan kita dengan madu keemasan yang harum dan manis, tetapi mereka juga memberikan kita pelbagai bahan aktif yang amat bernilai. Produk2 lebah semulajadi adalah merupakan pelengkap yang ideal bagi produk aloe vera dan memainkan peranan penting dalam gaya hidup yang sihat dan seimbang.
BEE POLLEN

Debunga merupakan suatu sumber nutrien yang amat pekat. Ia mengandungi beberapa ratus sebatian berkhasiat termasuk 22 jenis asid amino, vitamin B kompleks, mineral dan enzim. Suatu makanan tambahan yang sesuai untuk golongan tua dan muda.
BEE PROPOLIS

Lebah madu menggunakannya untuk melindungi sarang mereka daripada jangkitan. Bahan semulajadi ini boleh membantu memerangi kuman dan meningkatkan sistem ketahanan badan. Ia juga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti vitamin, galian dan enzim. FOREVER BEE PROPOLIS adalah kaya dengan jeli raja.
BEE HONEY

Ia mengandungi 16 jenis asid amino, kabohidrat, vitamin, mineral dan enzim dan adalah sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Suatu pemanis yang berkhasiat dan semulajadi, ia adalah mudah dicerna. Mengandungi 70 kalori setiap sudu besar.
ROYAL JELLY
Jeli raja adalah makanan eksklusif bagi Ratu Lebah yang berkesuburan tinggi yang berupaya bertelur sebanyak 3,000 biji setiap hari, dan hidup sehingga 45 kali hayat lebah biasa.
Ia kaya dengan vitamin B kompleks, terutama sekali vitamin B5 yang boleh membantu untuk tubuh badan yang sihat. Ia juga mengandungi asetilkolina, asid hidroksi dekanoik serta RNA dan DNA. Ia membantu mengalakkan tumbesaran dan mempertingkatkan sistem ketahanan kanak2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan